Kiyai Muhammad Shalih selain mendapat pendidikan ilmu falak daripada ayahnya, beliau juga mendapat pendidikan ilmu-ilmu keislaman yang mendalam daripada ayahnya di Mekah. Ayahnya Syeikh 'Abdur Rahman Gudang al -Fathani, juga seorang ahli falak yang menghasilkan penulisan tentang falak. Ayah Raja Muhammad Sa'id, bernama Raja Muhammad Tahir Riau adalah seorang ahli falak yang menghasilkan penulisan mengenai ilmu itu, demikian halnya dengan Kiyai Muhammad Shalih. Berdasarkan tulisan Kiyai Muhammad Shalih juga bahawa beliau tinggal di beberapa tempat, iaitu di Mekah, Johor, Kampung Sawah, Tanjung Karang (Sumatera Selatan), Bengkalis (Riau), Ranai, Bunguran Timur, Tanjung Pinang (Riau) dan terakhir sekali di Palembang (Sumatera Selatan).ĭalam bidang khusus tentang falak, ada persamaan riwayat Kiyai Muhammad Shalih jika kita bandingkan dengan riwayat Raja Muhammad Sa'id. Diriwayatkan pula nasab yang lebih ke atas adalah berasal daripada salah seorang keturunan raja di Aceh. Berdasarkan tulisan Kiyai Muhammad Shalih bahawa beliau berasal dari Kampung Cabang Tiga Patani. Nasab dari sebelah lelaki yang dapat dijejaki ialah berasal dari Patani. Menurut riwayat, beliau dilahirkan di atas kapal di Sabang, di bahagian utara Aceh. Ulama ahli falak dunia Melayu yang diriwayatkan ini, nama lengkapnya ialah Kiyai Muhammad Shalih bin Syeikh Abdur Rahman Gudang bin Muhammad Ali bin Ismail al-Fathani. Artikel ini pula memperkenalkan intelektual dan ulama yang ahli dalam bidang falak, yang sezaman dengan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim. Oleh itu melalui Ruangan Agama, Utusan Malaysia, terbitan yang lalu saya cuba memperkenalkan Raja Muhammad Sa'id bin Raja Muhammad Tahir Riau, sebagai intelektual dan ulama yang ahli dalam bidang falak, yang mendahului kedua-dua ulama yang berasal dari Minangkabau (Syeikh Tahir Jalaluddin) dan Patani (Syeikh Abdullah Fahim) itu. Ak- hir-akhir ini sebahagian besar seminar mengenai falak di Malaysia yang sangat ditonjolkan ialah Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim. BARANGKALI ramai yang menyangka bahawa hanya sedikit sekali ulama dunia Melayu yang ahli atau pakar dalam disiplin ilmu falak.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |